Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Agen tarik kereta


Veteran

Status: Offline
Posts: 38
Date:
Agen tarik kereta


assalammualaikum ! minta nasihat @ panduan dari ahli forum ,apakah kriteria @ syarat2 yang perlu dilakukan oleh agen tarik kereta sebelum mengambil sesebuah kenderaan ...sekian terima kasih



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Mintak kebenaran dahulu kepada pemilik...Manelah tau kut2 bank yg tak key

in.Kadang2 jadi macam tu.Kita bayar tapi bank yg problem.jgn terus main serang

jer pemilik kereta dan tarik cam tu jer..Mintak adik beradik yg kerja tarik kereta

tu buat dgn cara berhemah.Jgn gunakan bahasa kasar...Kalau guna jugak jgn

salahkan pemilik tersebut kalau kepala ko lak kena ketuk....

Sekadar ingatan

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:

saLams..kLau 2/3 bLn tuh mOngkin bank siLap pasai Lambat kick in system!!~~tapi kLau dah 9/10 bLn bank siLap Lagi ker?..eheks




__________________
eZra


Veteran

Status: Offline
Posts: 38
Date:

terima kasih diatas sedikit pandangankpd ahli forum jika ada komen lain sila beri pendapat @  cadangan ...semoga apa yang di maklumkan dapat membantu saya berhadapan dgn karenah2 penarik kereta ....untuk menarik kereta dlm kwsn apartment / kondo di bwh jagaan saya

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:

ojang wrote:


terima kasih diatas sedikit pandangankpd ahli forum jika ada komen lain sila beri pendapat @  cadangan ...semoga apa yang di maklumkan dapat membantu saya berhadapan dgn karenah2 penarik kereta ....untuk menarik kereta dlm kwsn apartment / kondo di bwh jagaan saya

kerenah penarik kreta satO jer..dOrang nak gaji!!~~kLau taknak bagi kreta bagiLah gaji abis crite ehehe!!~~kLau simpan kat apt./cOndO ker kLau agen tarik kreta mai ngan surat bank siap ngan surat repOt pOLis..takde sesaper pOn Leh buat aper2..kLau dier mai ngan pOLis sOwang kira abis Ler kreta tuh..gerenti masOk stOr ehehe

__________________
eZra


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

good topik ni......................apa komen wm???

__________________
isz


Veteran

Status: Offline
Posts: 34
Date:

oorh jgn jadi mcm 8org penarik kereta kot yang tarik kete guru silat siap masuk dlm paper lagi,semua kena belasah deq guru silat cekak harimau..hahak

__________________
isz


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:

isz wrote:


oorh jgn jadi mcm 8org penarik kereta kot yang tarik kete guru silat siap masuk dlm paper lagi,semua kena belasah deq guru silat cekak harimau..hahak


saLams..dLm aper jua pOn yg kiter buat ayat nih Leh pakai 'pandang kiri dan kanan'




__________________
eZra


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

cari makan bro.......................


pi tarik lori dalam side, lagi banyak masyuk



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:

ices wrote:



cari makan bro....................... pi tarik lori dalam side, lagi banyak masyuk



 


lori pun hang tarik??? lagi ganaih...jgn marah na...melawak....



-- Edited by HANG JEBAT at 13:23, 2006-01-11

__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:

HANG JEBAT wrote:


ices wrote: cari makan bro....................... pi tarik lori dalam side, lagi banyak masyuk   lori pun hang tarik??? lagi ganaih...jgn marah na...melawak....-- Edited by HANG JEBAT at 13:23, 2006-01-11


saLam bang jebat..kLau bLey kapaL terbang tuh sy nak tarik tapi dOrang dah kautim ngam!! kLau tak kautim ngam punyer sy dah Lamer tarik ehehe..Lawak nOh!!




__________________
eZra


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

janagn kena tarik telinga sudah....................

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Veteran

Status: Offline
Posts: 99
Date:

bila kereta nak kena tarik.. kita tak boleh buat apa2 jika surat dah keluar.. kecuali berbincang dengan pihak bank atau berhubung pihak bank.. tapi tentu penarik kereta tak mau... pasai tak masyuuuk.. apa yg kita boleh buat.. bawa kereta ke balai polis atau panggil polis sebagai saksi jangan lupa suruh penarik kereta tandatangan dan polis sebagai saksi ..minta pengenalan penarik kereta catatkan kondisi kereta.. peralatan yg ada.. contoh player dan jenamanya.. dan juga sport rimnya dan apa-apa lah lagi yg dirasakan perlu... sebab manalah tau selepas ditarik kita dapat sumber nak bayar atau ada adik beradek nak ambil ke.. boleh check balik.. apa yg kita catat.. Jangan bagi mudah sangat mereka tarik... tanpa apa2 pegangan.. kita maklumkan pada polis.. bukan kita tak mau serahkan kereta.. tapi.. mereka kenalah tandatangan penerimaan kereta dalam kondisinya... mana boleh mereka tarik.. tanpa resit.. itu dah kes curi.. itu pandangan saya saja.. nak lebih lanjut rujuk pada pengamal undang2...


wassalam



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 66
Date:

Assalamualaikum,


Kepada ojang,jika apartment dan kondo dibawah jagaan tuan, penarik-penarik tiada hak untuk masuk ke premis tuan walaupun mereka ada hak untuk menarik kerana tempat persendirian. Jika mereka nak tarik jugak, mereka perlu tarik di luar kawasan tuan. Menjadi tanggungjawab tuan juga untuk memaklumkan pemilik kereta hal berkenaan kerana keselamatan penghuni ialah di bawah tanggungjawab tuan.


Penarik kereta tiada hak menyentuh, memaki, menghina,mengugut apatah lagi memukul pemilik kereta walaupun kereta itu perlu ditarik. Sebarang kekasaran boleh terus dilaporkan kepada polis dan tidak salah pada kita untuk menolong jika berkemampuan terutama orang Melayu dan penarik itu kaum lain yang agak kasar pd org2 kita.


Penarik juga perlu kemukakan kad kuasa dan surat penarikan daripada bank atau agensi pinjaman wang bertauliah untuk tindakan tarik tersebut. Jika tiada itu samseng upahan yang dibayar murah oleh orang2 berkenaan untuk tarikan segera.


Terima kasih. 



__________________

Panglima 7 @ Ayahanda Mr.T



Veteran

Status: Offline
Posts: 38
Date:

terima kasih diatas nasihat dan pandangan yang diberi , jika ada ahli jemaah yg bekerja sebagai penarik kereta yang ingin berurusan di tempat saya ...hubungilah saya insyaallah jika betul caranya kami pihak pengurusan akan membantu.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:

bro. ojang x kasi pon nama apartment tu...


 


p/s-bkn penarik kereta...



__________________
hamba yang dhoif ..lemah dan fakir


Veteran

Status: Offline
Posts: 39
Date:

baru ni keter haku kene...melayang 3 rat..

__________________
amal ma'ruf nahi mun'kar


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:

pokok pangkal nyer klu kita semua nie agak2 tak mampu nak bayar hutang lebih baik tak payah pakai kereta lg elok...guna moto ker tak pun naik bas jer kan bagus...tapi susah gak nanti kang agen tarik kereta x der keje plak...



__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 3
Date:

Saya org baru di forum ni. Cuma mencari polisi tarik kereta.

Ceritanya macamni.Semalam ada seseorang cuba tarik kereta saya. Saya pun pelik kerana saya belum terima apa apa surat "notice" dari bank yang menyatakan sedemikian. Pemuda India tu pun mengugut ugut untuk menarik kereta saya pada masa itu jugak. Saya pun menjelaskan yang bayaran saya telah buat,dan saya tahu saya belum lewat sampai 3 bulan. (Bukan saya nak berbangga tak bayar 2 bulan cuma ekonomi meleset ni kena buang kerja. Lepas tu ada la nak bayar sini sana. Memang ada niat nak bayar kereta ni sebelum hujung bulan).
Kemudiannya saya secara rasional ajak dia ke bank berkenaan yang berhampiran, tapi ditolak. Saya pun pelik juga. Berdalik dolak dengan saya untuk ke bank sampai saya bercakap dengan bos pemuda berkenaan. Kata bos dia bayarkan aja duit minum. Saya yang kurang faham dengan polisi tarik kereta ni pun bayar la sikit sebab masa tu saya dah kena gerak, ada interview kerja lain.
Tapi saya masih tak berpuas hati. Kemudiannya saya telefon ke bank berkenaan dan tanya mengapa saya tidak diberikan "notice" sebelum tindakan diambil, kata bank mereka belum keluarkan apa apa surat untuk tarik kereta. Kata mereka saya boleh buat laporan polis. Tapi masa tu memang dah terlambatlah sebab duit minum diorang dah pun saya bayar.

Soalan saya ialah, kalau kes macam ni berlaku lagi patut ke bagi duit minum? Lain lah kalau memang dah ada surat bank dan melebihi tempoh lewat bayaran. Lepas tu macam mana diorang ni boleh tau pasal pembayaran saya terhadap bank? Sah sah orang bank yang bagi kan? Adakah cara untuk mengambil tindakan terhadap bank tersebut kerana tak merahsiakan dokumen saya?

Nasihat saya setelah apa yang saya selidik setakat ni kalau anda berada dalam keadaan yang sama (kalau tak bayar lebih 10 bolan tu sendri mau ingat lah) :

1.Kalau anda pasti tentang polisi pinjaman anda dan anda tidak melebihi had, mintak dia surat dari bank. Tapi lebih baik kalau ada saksi,lagi best telefon polis peronda mintak jadi saksi. Jangan cuak kalau anda yakin anda benar.

2.Kalau takde polis jangan percaya sangat surat diorang. Kalau ada surat pastikan surat tu asli. Telefon bank. Tapi jangan telefon bank dari nombor surat yang diorang bagi (mungkin surat tu palsu dan nombor dia pun sama gak palsu). Jangan guna telefon nombor yang diberi oleh mereka sebab ada kemungkinan palsu juga(kalau tak pecaya try call sesetengah bank,ada penipuan yang menggunakan nombor telefon yang hampir sama dengan nombor bank untuk mengelirukan pengguna). Sebaik baiknye simpan nombor bank tu dalam henfon. Kalau tak simpan cuba tengok sticker road tax..ada nombor bank tak. Kalau ada telefon.

3.Sapa buat kerja edarkan info kepada orang luar bank ni, berhentilah..kerana melanggar undang˛ pastu menyusahkan orang. Kalau dah langgar undang undang tu tak kira haram ke?

Pastu kalau ada yang lain lain nak tambah nasihat silakan. Untuk kebaikan semua.

P/S: Takda niat nak menyinggung mana mana pihak. Cuma tersinggung sebab kena kelepet.










__________________
Ape punya nasibla...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard