
Nama aku ialah fahme..aku lebih dikenali sebagai Fahme burger di kampung aku..Inilah tempat aku mencari rezeki dengan keringat aku sendiri bagi medapatkan rezeki yang halal disisiNya. Aku juga merupakan seorang penjual burger di kampung aku di Teluk intan...
Aku memulakan perniagaan aku seawal jam 6.30 ptg hingga ke 10.30 malam..Selain menjual burger,aku juga mempunyai hobi mencustomkan semula motor2 buruk utk dijadikan cantik sedemikian rupa..part time kata org putih..

Pada setiap hari,aku akan melalui menara jam condong ini utk aku ke pasar bagi membeli barangan dagangan..
Inilah satu-satunya kebanggaan rakyat di Teluk intan....

Ini pula ialah unta tunggangan aku utk ke pasar..Sebuah motor buruk yang bebudak skrg langsung tak berminat nak pakai lagi..
Aku jugak le yang ke hulu ke hilir naik motor cabuk ni(sampai le ke kuala kangsar tempoh hari,karnival motor tempoh hari)..udah rasa nak tercabut pinggang dibuatnya,hahaha...
Apa pun,kenangan bersama Yamaha sport ini meninggalkan kenangan manis yang tak dapat aku lupa untuk selamanya....

Ini pula adalah tempat atau port utama aku untuk bersarapan roti canai dengan kuah karinya yang memang power rangers!!!
Kedai ini dikenali sebagai Nasi lambai diteluk intan..kalau engkome datang teluk intan,moh pekena nasi deme ni..ntah ape dibubuh deme,bole angau dibuatnya..sedap engkome!!!

Apabila aku dalam perjalanan pulang dari pekan,aku akan melalui satu kawasan yg semerbak bau harum ayam goreng berempah di Jalan changkat jong,teluk intan...Ghulam Rasul Nasi Kandar...

Tiba sahaja di rumah,aku pulak akan melepak di bengkel aku yg terletak bersebelahan rumah datok aku..(dulunya rumah sewa,kini aku yang menyewanya untuk meletakkan motor2 buruk aku)hehehe...

Motor dah berkilat!!ape aku nak buat lagi pun,aku tak tahu..nak digosok,udah berkilat2...ape nak dibuat lagi,yob..

Oh ya,tapi tak mengapa,demi cinta motor punya pasal,akan ku usap juga dirimu sayang...hai la motor"..
Janda-janda teman....
inilah janda lama aku,walau pun buruk dipandang namun tinggi nilainya..dan kini,dengar cerita motor ni dah eksiden,maka kurang le sikit hensemnya...

Apabila aku terlihat motor2 macam ni,teringat aku pada janda aku!!
Dahulu waktu aku pakai,ianya berwarna merah,la ni tak tahu apa warnanya(WAC 1747)...

Sorang lagi janda teman,RD125(WBG 5543),sedap merentap motor ni..
Aku membelinya di Kedai Kong Motor jalan ipoh, Sentul(dulu2 punya cerita)..Tokeynya baik dan peramah!!

Si buah hati,pengarang jantung....

HIKAYAT AKU DI ALAM PERMOTORAN
Aku mula menunggang motorsikal pada usia aku seawal 11 tahun,ketika itu tengah hangat lagu-lagu dari kumpulan
Rusty Blade,SYJ dan dll..Motor pertama aku ialah
Suzuki FR80(AAL 4389)ataupun lebih dikenali sebagai
Suzuki family..berlumba dgn yamaha cub!!(zaman dulu..)
Habis zaman suzuki,aku mula berjinak-jinak dengan
Yamaha sport ACA 8149(zaman tu tgh hot madgad burung)..Jodoh pulak tak panjang,aku sambar pulak
Suzuki Best 110 ACC 1093(warna hitam stripe merah)tayar Dunlop TT100 la(madgad kasi labuh sikit..haha..)
Apabila sudah boring melayan motor yang guna Minyak 2T,aku layan pulak
Honda Fame(ABD 8404)..standard lari 120 k/m(cam kasi potong la sikit)..Apabila motor ni asyik buat lawak hindustan aje,aku jual dan beli pula
Modenas Kriss yg baru ADH 7949..standard je motor tu..
Apabila macam dah jadi mat belia 4B je,aku pun jual motor Kriss tu dan beli
Vespa sampai 3 biji(nak layan veteran le pulak)vespa labu AD 2448,vespa sprint AN **** dan vespa PS BBE****..dlm masa yg sama,aku beli
Yamaha RD125 ,
Yamaha Passola dan
Suzuki RGV 120 pakcik aku(NAJ ****)..
Hajat dihati,tak nak jual dah,entah ape mimpi,aku jual jugak
Yamaha RD125 dan Vespa-vespa aku dengan harga yg amat berpatutan(aku beli vespa pada zaman tu pada kadar harga Rm50 hingga RM500 je!!)zaman tu vespa memang deme campak ke reban2 ayam je.....
Tiba-tiba,satu fenomena yg luar biasa mula melanda satu Malaysia,ianya adalah satu jentera yang boleh menggugurkan iman mat2 motor zaman tu iaitu
Yamaha TZM150..zaman itu(jika oldtimer masih ingat le)
TZM ini lah motor yg paling cantik,besor,mantap,cun,dan aku sampai terangau-angau kan
TZM ni..
Zaman tu,warna yang paling top ialah warna hitam belang oren dan putih merah..Dulu cukup top
TZM ni,la ni sape la nak pandang-pandang lagi(hajat aku pun tercapai walaupun
TZM secondhand..ADH 2569)..
Dalam masa yg sama,aku beli pulak sebiji
Yamaha RD250LC(kalau ikutkan,aku dah nak beli RD250Ypvs si Mie adik Nan,BCR 3461)berwarna merah(WAC 1747)dan
Yamaha sport(ABQ ***)bermadgad burung jugak yob!!..
Berkenaan LC tong ni,LC tong ni memang sedap merentap,dia punya tarikan tu yang stim,macam turbo..hahaha(kalah jugak aku dgn LC tong Si Nan Taman Meru Ipoh)hehe..tapi ni semua cerita lama(si panjang LC tong biru tu,dulu2 sama warna dgn si nan,jenuh dia menggoreng aku,dia nak double disc depan aku tu,hehehe sorry panjang)..yang bestnya LC tong ini ialah pada power band nya...dia punya tarikan,memang sedap...Akhirnya,aku jual juga LC tong aku ni pada org johor(la ni tak tahu cerita)..LC tong aku ni memang meninggalkan pengalaman manis dan pahit!!yang manisnya,aku berkawan dengan adik perempuan bongsu Jamal Abdillah(Jamal Abdillah ni orang kampung teman)dengan ini lah motornya...tapi rezeki jodoh kami tiada...Aku doakan kebahagiaan mereka...
Kalau ikut planning,aku dah nak amik motor
RD250YPVS(BCR 3461)dan nak hantar cat pada
Man RGF(cat warna motor Azura)tahun 2001 rasanya!!
Jodoh pada YPVS pun tak ada,pada si dia pun tak ada!!memang tak ada rezeki aku pada tahun tu..kenangan silam..
OK!!tutup cerita tentang motor RD,aku beli pulak motor
Yamaha RX-S AAY 4504 dan
Honda 65 AAA***..Aku pun sarong le sport rim Kawasaki Gto kat RXS aku ni(beli RM700 rim ni,zaman dulu le)dan mencari le fairing RX-S,nak dipasanglan kat AAY aku(zaman tu,fairing RX-S baru berharga RM60 je!!)..pernah RX-S aku ni,aku rentap out meter dari highway Bidor sampai Restoren jejantas sg buloh(out meter pun 140 km/h je..tapi boleh dipuji tentang ketahanan mesin ni,memang sedap dan yang menyebabkan aku jual S aku ni sebab masalah bergegar enjin selepas overhoul..bengang punya pasal,aku pun lego pada org Taiping..dlm masa yg sama,beli lagi
Yamaha sport(BDK 8202)bermadgad burung jugak(sampai ke pekan Klang aku mencari madgad ni,susah mau dapat lagi woo..)
Oh ya,aku pun ada membeli sebuah
Yamaha RX-Z 5 speed(ABE 4654) layan standard je..rileks(laju-laju nak kemana yob!!)..dalam masa yg sama,rezeki pulak murah,aku sambar sebijik lagi
Yamaha RXZ catalyzer(AFG 3909) dan
Suzuki RC100 (BCS***)..
RXZ Catalyzer ini,aku buat berulang alik kerja sahaja(milage aku sehari dalam 160km je)despatch
Maybank je..Apabila
catalyzer ni buat tangan aku patah,aku pun lego kat kedai motor di hutan melintang..tutup cerita tentang catalyzer(5 speed aku pun aku lego kat kwn aku dgn harga yg murah)..
Gila
Yamaha RXS datang semula,aku beli sampai 3 buah(udah gila aku ni)BCA***,AAW 37**, dan ABB****...Aku membeli agak buruk,selepas itu bikin balik kasi cantik..
RXS silver sudah dijual pada org Kajang dan RXS ABB,aku jual pada org cina yg penuh bertatu badanya di Teluk intan..kini,tinggal
RXS BCA aje lagi..ni pun nak jual jugak(hahaha,hobi aku dah rupa itu yob!!)..
Oh ya,aku ada membeli lagi sebuah
RXZ boss buruk(BCW***) kat kawan aku si Mat Isa yang tinggal diSeksyen 19 Shah alam..

ada pulak budak kampong berkenan kat
RXZ boss ni,aku pun lego kat dia..(jual lagi)hehehe...Pada bulan lepas,aku beli sebuah
Yamaha RX100 dan
Suzuki GSX110 ADK**** dengan harga yang agak murah le jugak(tengok condition macamana,ok tak..hahaha)

sebahagian unta2 aku...
Serba Sedikit info tentang Teluk Intan(jalan2,cari makan)
Menurut kata orang2 lama(oldtimer),asal nama Teluk intan ialah Teluk Mak intan..kemudian datang pula si penjajah,lalu bertukar nama kepada Teluk Anson..dan ianya kini dikenali sebagai Teluk Intan,kekal sehingga ke hari ini..
Bagimereka yang pernah ke Teluk Intan,perkara pertama yang bakal disebut ialah tempat makan yang memang lama dan sedap serta murah harganya sikit(berbanding Kolumpor tu yob)..
salah satu destinasi tempat makan yang korang kena wajib pekena ialah(sila lihat gambor dibawah)


Mee Rebus dan Pasembor..sedap beb!!!


Nasi kandar yg memang ada lagenda di Teluk intan..(Nasi Lambai@Sultana)

Mee Rebus daun pisang(ianya berbungkus di dlm daun pisang)memang tangkap leleh kalau pekena mee ni yob!!
Ayam goreng berempah dan briyani dia,memang power!!!
Anda gemar Gado2?try port sini dulu..(berhadapan jam condong)

Anda penggemar burger?cuba try sini punya burger,hahaha....
bersambung.....

-- Edited by RXS Congo at 13:06, 2008-10-26-- Edited by RXS Congo at 15:31, 2008-10-26-- Edited by RXS Congo at 21:13, 2008-10-26-- Edited by RXS Congo at 21:16, 2008-10-26-- Edited by RXS Congo at 21:26, 2008-10-26-- Edited by RXS Congo at 20:34, 2008-10-29-- Edited by RXS Congo at 20:10, 2008-10-30-- Edited by RXS Congo at 17:56, 2008-12-04-- Edited by RXS Congo at 17:59, 2008-12-04-- Edited by RXS Congo at 18:02, 2008-12-04-- Edited by RXS Congo at 18:55, 2009-01-08-- Edited by RXS Congo at 17:50, 2009-01-09 __________________